1 Jul 2010

perjalanan dan pengajaran

Kehidupan ini banyak persoalan dan jawapan yang tersembunyi, benar kata-kata hikmah: setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tidak kira perkara itu memihak atau tidak,positif atau negative semua itu memberi makna. Banyak pengajaran yang kita boleh perolehi dari sekecil kita senyum dengan orang lain sehinggalah seberat2 pertolongan yang kita sanggup berikan kepada orang yang memerlukan. Berbalik kepada kisah ini sepanjang kelaskan sebagai satu perjalanan dan pengajaran. Kisahnya begini pada satu daerah di akhir destinasi kami terserempak dengan satu pasangan yang dilanda musibah kerosakan kenderaan..jadi dilanjutkan ceritanya kami yang agak ringan tulang ni pun sedia menghulurkan bantuan..namun kerana kurang kelengkapan untuk meneruskan hasrat kami pun mengambil keputusan untuk menemani pasangan berkenaan bersama anak-anak mereka..maklumlah kiri-kanan jalan hutan…sepanjang masa kami menemani mereka,di gambarkan keadaan agak harmoni jugak sama-sama berkongsi cerita, itu ini sambil-sambil menunggu tali untuk menarik kenderaan mereka. Setelah hampir dua jam menunggu akhirnya tali yang ditunggu pun tiba..dipendekkan cerita setelah usaha menolong pasangan berkenaan dengan menarik kenderaan mereka hampir 30km akhirnya apa yang di jangkakan di dalam fikiran tidak terjadi sebagaimana logik akal dan tatasusila bila kita termakan budi. Soalnya betapa berat musibah yang mereka hadapi berat lagi soal perlu berterima kasih kepada pertolongan kami yang agak besar itu. Bukan mahu mengharap balasan atau upah tapi,kami agak kegersangan satu budaya yang selalu kami amalkan seperti merendahkan diri kepada pemberi bantuan, sekurang-kurangya mereka yang perlu datang@menghampiri untuk mengucapkan terima kasih, tapi ini sebaliknya..alangkah terkesimanya perasaan ketika itu.sudahlah penat dengan perjalanan hampir 12jam..sebenarnya sejak dari mula perjalanan lagi. Hati memang sudah terasa dengan keegoaan dan ketidak mesraan penduduk di negeri itu..kebiasanya bila kereta kita bertembung kenal atau tidak bila seseorang sudah menunjukkan tanda seperti mengangkat tangan,menbunyikan hon atau menghighlight lampu kita akan membalasnya walaupun pada ketika itu kita menganggap sesorang itu tersalah orang. Tapi dari testimony yang kami jalankan secara sepontan agak mengecewakan daripada berpuluh-puluh kenderaan hanya ada sebuah kenderaan yang memberi perhatian kepada tindakan kami.oh alangkah jeliknya perangai masyarakat di sana..sehinggakan timbul banyak andaian sesama kami kononnya apabila kita membunyikan hon,mengankat tangan atau menghighlight lampu itu tanda kita marah mengikut amalan budaya masyarakat di situ..tapi mungkin tidak.memang-memang mereka sombong….akhirnya pengajaran yang diperolehi ialah ingatlah jasa orang yang telah membantu kita,berterima kasihlah dengan cara terbaik agar orang yang menolong merasa peghargaan itu adalah balasan yang sangat terdahulu dan di utamakan sebagai tanda syukur….

29 Jan 2010

MENCIPTA MASALAH

masalah datang dan pergi,tapi kadang-kadang kita sengaja mencipta masalah walaupun adakalanya secara tidak sengaja,contohnya kita sengaja menimbulkan rasa tidak selesa di pihak orang lain.itu juga adalah mencipta masalah. sedangkan kita sedar akan impak melakukan sedemikian. bagi pihak orang lain pula perkara itu tidak dapat di terima memandangkan dirasakan melanggar norma-norma kebiasaanya. sama ada masalah itu mampu mengugat hubungan atau tidak bergantung kepada kebijaksanaan pencipta dan mangsa untuk menghadapinya.

15 Sep 2009

MAKAN%20SUAP

MAKAN%20SUAP

Shared via AddThis

4 Sep 2009

BERMULANYA BLOGGER DI KAMAR SEMPIT

Hari yang mulia ini secara rasminya aku boleh memblogger dari kamarku yang sempit.

10 Mac 2009

WIRELESS DI KAMPUNG KAMI

ASSALAMUALAIKUM................
TUAN2 DAN PUAN2
TODAYS IS ARE GOOD NEWS FOR OUR KOMUNITI AT KG PARIS BCOZ WIRELSS IS NOW AVAILABEL HERE. YAHUUUUUUUUUUUUUUUUUU THANKS GOD. SYUKURALHAMDULILAH.

3 Jan 2009

2009 TAHUN MENCABAR

SELAMAT TAHUN BARU 2009

24 Ogo 2008

SENI YANG PUDAR

Ramai yang tahu bahasa bugis tapi malu untuk bercakap menggunakanya.ada beberapa faktor yang dapat di kesan antara penyebab kita malu menggunakanya antaranya ialah malu bila dikesan sebagai "sibugis". namun secara puratanya semua anak2 bugis merasa teringin untuk bercakap walaupun keadaan tidak mengizinkan.Salah satu lagi ialah kekangan/larangan daripada keluarga. Kerana pada masa itu mengejar ilmu yang di pelajari secara formal lebih penting daripada mempelajari seni bahasa turun temurun. Mengapa kita tidak dapat menggunakan bahasa ini untuk sehari-harian sedangkan bahasa itu sebahagian daripada modal insan yang kita miliki.? itu tambah nilai patut digunakan sebaiknya.setuju kan? orang cina berniaga pakai bahasa cina itu sebahagian daripada faktor kejayaan bangsa cina. jadi ag guru2 ki sappo makbicara ogi,deknitu gaga tau wedding balu2 ki.