1 Jul 2010

perjalanan dan pengajaran

Kehidupan ini banyak persoalan dan jawapan yang tersembunyi, benar kata-kata hikmah: setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tidak kira perkara itu memihak atau tidak,positif atau negative semua itu memberi makna. Banyak pengajaran yang kita boleh perolehi dari sekecil kita senyum dengan orang lain sehinggalah seberat2 pertolongan yang kita sanggup berikan kepada orang yang memerlukan. Berbalik kepada kisah ini sepanjang kelaskan sebagai satu perjalanan dan pengajaran. Kisahnya begini pada satu daerah di akhir destinasi kami terserempak dengan satu pasangan yang dilanda musibah kerosakan kenderaan..jadi dilanjutkan ceritanya kami yang agak ringan tulang ni pun sedia menghulurkan bantuan..namun kerana kurang kelengkapan untuk meneruskan hasrat kami pun mengambil keputusan untuk menemani pasangan berkenaan bersama anak-anak mereka..maklumlah kiri-kanan jalan hutan…sepanjang masa kami menemani mereka,di gambarkan keadaan agak harmoni jugak sama-sama berkongsi cerita, itu ini sambil-sambil menunggu tali untuk menarik kenderaan mereka. Setelah hampir dua jam menunggu akhirnya tali yang ditunggu pun tiba..dipendekkan cerita setelah usaha menolong pasangan berkenaan dengan menarik kenderaan mereka hampir 30km akhirnya apa yang di jangkakan di dalam fikiran tidak terjadi sebagaimana logik akal dan tatasusila bila kita termakan budi. Soalnya betapa berat musibah yang mereka hadapi berat lagi soal perlu berterima kasih kepada pertolongan kami yang agak besar itu. Bukan mahu mengharap balasan atau upah tapi,kami agak kegersangan satu budaya yang selalu kami amalkan seperti merendahkan diri kepada pemberi bantuan, sekurang-kurangya mereka yang perlu datang@menghampiri untuk mengucapkan terima kasih, tapi ini sebaliknya..alangkah terkesimanya perasaan ketika itu.sudahlah penat dengan perjalanan hampir 12jam..sebenarnya sejak dari mula perjalanan lagi. Hati memang sudah terasa dengan keegoaan dan ketidak mesraan penduduk di negeri itu..kebiasanya bila kereta kita bertembung kenal atau tidak bila seseorang sudah menunjukkan tanda seperti mengangkat tangan,menbunyikan hon atau menghighlight lampu kita akan membalasnya walaupun pada ketika itu kita menganggap sesorang itu tersalah orang. Tapi dari testimony yang kami jalankan secara sepontan agak mengecewakan daripada berpuluh-puluh kenderaan hanya ada sebuah kenderaan yang memberi perhatian kepada tindakan kami.oh alangkah jeliknya perangai masyarakat di sana..sehinggakan timbul banyak andaian sesama kami kononnya apabila kita membunyikan hon,mengankat tangan atau menghighlight lampu itu tanda kita marah mengikut amalan budaya masyarakat di situ..tapi mungkin tidak.memang-memang mereka sombong….akhirnya pengajaran yang diperolehi ialah ingatlah jasa orang yang telah membantu kita,berterima kasihlah dengan cara terbaik agar orang yang menolong merasa peghargaan itu adalah balasan yang sangat terdahulu dan di utamakan sebagai tanda syukur….

Tiada ulasan: